Koperasi Shamelin Berhad
Lebih 55 Tahun Membina Kesejahteraan
Koperasi Shamelin Berhad (KSB) berdedikasi dalam memperkasakan taraf ekonomi dan kebajikan anggota melalui aktiviti pembangunan hartanah, kemudahan kredit dan perkhidmatan inklusif.
Bingkisan Koperasi
Info Semasa KSB
Pembiayaan ShamelinCash-i kini semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan anggota Koperasi Shamelin di seluruh negara, kerana ia menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah, pantas, dan patuh sepenuhnya kepada prinsip Syariah. Dengan proses permohonan yang tidak rumit, kelulusan yang pantas, serta tanpa memerlukan jaminan tambahan, ramai anggota kini dapat menyelesaikan pelbagai keperluan kewangan sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun bagi mengembangkan perniagaan. Tambahan pula, ketelusan dari segi kadar caj dan bebas daripada unsur riba menjadikan Pembiayaan ShamelinCash-i pilihan yang lebih adil dan dipercayai. Jangan tunggu lagi — mohon sekarang!
Koperasi Shamelin Berhad (KSB) membuka sewaan dan jualan unit hartanah komersil dan kediaman kepada anggota yang berminat dengan peluang pelaburan hartanah yang selamat serta menguntungkan. Unit-unit ditawarkan pada harga kompetitif, sesuai untuk anggota yang ingin memiliki hartanah sendiri, menjana pendapatan sewaan, mahupun memperluaskan portfolio pelaburan. Proses yang mudah dan telus memastikan setiap anggota dapat membuat keputusan dengan yakin. Ini merupakan peluang keemasan untuk anggota KSB memanfaatkan kelebihan eksklusif . Hubungi 03-92852155 untuk maklumat lanjut!
Bingkisan Galeri KSB










Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah Koperasi Shamelin Berhad ditubuhkan dan apakah matlamat utamanya?
Koperasi Shamelin Berhad (SHAMELIN) adalah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan matlamat utama untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.
Apakah syarat & kelayakan untuk menyertai Koperasi Shamelin Berhad?
Anda mestikan seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan mestilah bersih daripada sebarang rekod negatif, tidak muflis dan bersetuju dengan semua terma keanggotaan untuk menyertai Koperasi Shamelin Berhad
Apakah faedah utama menyertai Koperasi Shamelin Berhad?
Anggota berpeluang menikmati pelbagai manfaat kebajikan dan akses kepada perkhidmatan kewangan serta agihan dividen tahunan yang akan diisytiharkan setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Terdapat juga perkhidmatan sewaan hartanah, pembiayaan kewangan Islam serta
skim khairat kematian & pelbagai tabung kebajikan.
Apakah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan dan adakah ia patuh syariah?
- Konsep Tawarruq: Proses urus niaga komoditi yang telus dan diiktiraf oleh panel Syariah.
- Kelayakan: Terbuka kepada semua anggota yang memenuhi syarat pendapatan minimum dan kelayakan kredit 60%.